Pengenalan
Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin[1](singkatan: SRIRS, kadang-kala dikenali sebagai Sekolah Agama Sungai Kajang) merupakan sebuah sekolah swasta yang dikelolakan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) yang dilantik oleh Anjuran Prestasi Sdn. Bhd. (APSB). SRIRS merupakan institusi pendidikan di Malaysia yang menyediakan pendidikan rendah kepada pelajar-pelajar khususnya warganegara Malaysia bermula dari darjah satu sehingga darjah enam. Pada tahun 2023, bilangan murid ialan seramai 293 orang. Dengan kapasiti maksimum sebanyak 375 orang murid, SRIRS ini menawarkan program pendidikan kurikulum akademik dan diniyyah yang menggabungkan kurikulum standard Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jakim UPKK[2]. Pada tahun 2023 bilangan guru yang bertugas ialah seramai 26 orang dan dibantu oleh 3 staf sokongan.
Visi
Sekolah kami ingin : Melahirkan warganegara berdisiplin dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mendidik murid-murid supaya boleh menyesuaikan diri
dengan kehendak dan matlamat hidup yang sempurna dan harmoni.
Misi
Sekolah kami bertekad : Mendidik, membimbing dan melahirkan generasi insan kamil yang berdaya saing, cemerlang dan berkeperibadian Al-Quran melalui sistem pendidikan yang berkualiti dan berteraskan Al-
Quran dan As-Sunnah.
Kemudahan
SRIRS menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk warganya terutamanya untuk anak-anak pelajar, seperti:
- Surau, Musallah Baratas Bajrai
- Dewan makan, Mat‘am Asy-Syafi‘e
- Kemudahan Lapangan Memanah
- Pusat Media
- Kedai Koperasi
- Kaunseling
Teks di bahagian ini, kami sengaja hiasi dengan teknik suku kata. Suku kata di dalam Bahasa Inggeris ialah syllable
syllable
/ˈsɪləbl/
Manakala di dalam Bahasa Arab, suku kata ialah
مقطع لفظي
Pada tahun 2016, buletin sekolah bil 01 “Fikrus Solihin” menampilkan juga penggunaan suku kata bewarna. Imej muka hadapan buletin ini boleh di lihat di sini. Klik untuk lihat imej di FB
Sistem Pendidikan SRIRS
Di Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin (SRIRS), kami melaksanakan pendidikan berasaskan kurikulan akademik & diniyyah semenjak tahun 1999. Ini berlaku ekoran daripada keperluan semasa dan mendatang negara bangsa. Ini menjadi komplimentari kepada dasar pengkaderan di negara ini.
Kurikulum Akademik
- KBSR (1982 – 1992), KSSR (1993 – 2016)
- KSSR [Semakan] (2017 – semasa)
Kurikulum Diniyyah
- Kitab Jabatan Tarbiah DAR, Terengganu (1999 – 2010)
- Kitab Talaqi Maahad Derang (2010 – 2020)
- Kitab Jabatan Agama Islam Negeri Johor (2013 – semasa)
- JAKIM (2020 – semasa).
Ko-kurikulum
- Badan beruniform, Persatuan dan Kelab (2010 – semasa)
- Kelab (2022 – semasa)
Bahasa Pengantar
- Bahasa Melayu
- English Language
- الـلـغـة الـعـربـيـة