Pendaftaran Baharu Sekolah
Sesi 2024
Tahun 1
Sesi 2024
Syarat-syarat
- Warganegara Malaysia
- Lahir pada 02 Januari 2017 – 01 Januari 2018
- Boleh membaca jawi dan rumi
Pendaftaran
- Lengkapkan set borang pendaftaran
- Sediakan salinan MyKid dan Sijil Kelahiran pelajar
- Sediakan salinan MyKad ibubapa
- Sediakan salinan penyata pendapatan terkini ibubapa
- Fi dan yuran pendaftaran
SRIRS @BEST
Adakah SRIRS merupakan sekolah integrasi yang berpengalaman?
Ya. SRIRS merupakan sekolah integrasi pertama yang berdaftar di Batu Pahat dan berpengalaman lebih dari 3 dekad.
Sekolah ini berdaftar atau tidak?
Oh! Jangan Bimbang. Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan baik. Nombor pendaftaran kami ialah JJAA001 manakala di JAKIM pula dengan nombor kod sekolah JJJ0002. SRIRS juga berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan kod SRAS/BP/002.
Boleh rujuk :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_sekolah_swasta_di_Malaysia
https://simpeni.islam.gov.my/pages/semakan_sekolah_view.php?sek_id=7861
Apa itu sekolah integrasi?
SRIRS merupakan sekolah dengan pendidikan bersepadu.
Di SRIRS, kami melaksanakan pendidikan berasaskan kurikulan akademik & diniyyah semenjak tahun 1999. Ini berlaku ekoran daripada keperluan semasa dan mendatang negara bangsa. Ini menjadi komplimentari kepada dasar pengkaderan di negara ini.
SRIRS menawarkan program pendidikan rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pelajar yang belajar di SRIRS akan mempelajari mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan melaksanakan bersama Pendidikan diniyyah. Selain itu, SRIRS juga menawarkan pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang membantu pelajar membangunkan kemahiran sosial, fizikal, dan mental.
SRIRS merupakan pusat SDEA dan UPKK.
Anak-anak saya perlu kelas mengaji al-quran & iqra'. Ada disediakan?
Alhamdulillah. SRIRS ada kelas Al-quran & Iqra’ yang dijalankan pada setiap pagi di dalam sesi persekolahan.
Apa aktiviti kerohanian yang dijalankan di sekolah?
Subhanallah.
SRIRS istiqomah dalam pengisian rohani bersama anak-anak pelajar (zikir munajat, solat sunat dhuha, solat sunat hajat dan yang seumpanya).
Anak-anak balik jam 3.30 petang. Macam mana dengan makanan mereka?
Di SRIRS, pihak sekolah menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari.
Berapa JUMLAH BAYARAN semasa pendaftaran?
Kami belum dapat mengedarkan maklumat jumlah bayaran kerana belum mendapat senarai harga buku-buku dengan terkini.
Anggarannya ialah RM600-RM700. SRIRS akan mengadakan taklimat pada Bulan Feb 2024 nanti dan ini akan diterangkan kelak.
MAKLUMAT UMUM SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025
Bahagian ini memaparkan perihal perkara berikut :
- Waktu Persekolahan Rasmi SRIRS
- Peraturan Pakaian Murid
- Perkara Penting Yang Lain
- Maklumat Yuran
- Penyerahan Buku Teks, Kitab, Aktiviti dan Tulis
- Contoh Pemakaian Murid
Nota
Klik pada tajuk untuk melihat kandungan bahagiannya.
1. Waktu Persekolahan Rasmi SRIRS
Hari | Waktu(1) |
---|---|
Ahad – Rabu | 7.40 pagi – 3.30 petang |
Khamis | 7.40 pagi – 2.00 petang (Tahap 1) 7.40 pagi – 3.30 petang (Tahap 2)(2) |
2. Peraturan Pakaian Murid
a. Pakaian Rasmi
Perincian | Lelaki | Perempuan |
---|---|---|
Kopiah/ Tudung | Kopiah(3) dengan logo SRIRS adalah wajib | Tudung labuh putih dan berdagu mesra solat |
Baju | Kemeja putih lengan pendek dengan saku di sebelah kiri. | Baju kurung putih dimestikan berbutang/ cuff di hujung lengan. |
Singlet | Putih | Putih |
Seluar/ Kain | Seluar Biru Tua | Kain Biru Tua |
Lain-lain :
- Rambut : Tepi Tapak 1, Atas Tapak 1.
- Stoking berwarna hitam.
- Stoking lengan berwarna putih (bagi murid perempuan).
- Kasut sekolah berwarna hitam dan tidak bertali.
- Lencana sekolah.(3)
- Tanda nama bersulam.(3)
- Tali pinggang (Murid Lelaki Tahun 3 – 6 sahaja)
- Selipar untuk rehat tengahari
(Ketika Makan di Mat’am dan solat Zuhur di Surau Al Baratas Bajrai)
b. Pakaian Sukan (pada hari Pendidikan Jasmani, Latihan Sukan atau
sebagaimana makluman)
Perincian | Lelaki | Perempuan |
---|---|---|
Baju |
|
|
Seluar | Panjang, longgar & Hitam | |
Kasut | Kasut sekolah hitam dan tidak bertali |
3. Perkara Penting Yang Lain
- Murid digalakkan bersarapan dan dimestikan berwudhu’ sebelum ke sekolah.
- Sebaiknya, setiap peralatan dan pakaian persekolahan anak dilabelkan. Malah, ibubapa dimestikan menandakan corak (seperti melukiskan corak ‘star’, menuliskan huruf atau menampal sticker tertentu atau unik) pada kasut dan selipar serta menulis nama anak pada kopiah dan tudung.
- Seluar legging dan kasut sukan tidak dibenarkan sama sekali untuk dipakai.
4. Maklumat Yuran
- Yuran Awal Tahun (one-off) boleh dibayar bermula 14 Februari 2024 dari pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari (dengan temujanji).
- Yuran berulang untuk April 2023 – Feb 2024 perlu dibayar sebelum atau pada 7 haribulan setiap bulan.
5. Penyerahan Buku Teks, Kitab, Aktiviti dan Tulis
Penyerahan buku, kepada murid yang telah selesai membuat bayaran buku dan Yuran Awal Tahun, akan dibuat pada 3 dan 4 Mac 2024, 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
6. Contoh Pemakaian Murid
Jenis | Lelaki | Perempuan |
---|---|---|
Rasmi | ||
Sukan |
Nota
(1) Ibu bapa akan dimaklumkan jika terdapat perubahan waktu persekolahan, sekiranya ada keperluan.
(2) Program Ko-Kurikulum (Jadual aktiviti akan dikeluarkan)
(3) Boleh ditempah/dibeli di sekolah.