Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Korban @srirs 2025
1446H

Maklumat Program
Korban sunat ini akan dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut.
Tarikh: Hari Raya Haji Kedua. 1446H
Masa: 08:00 pagi hingga selesai.
Tempat sembelihan: Kandang Ternakan Ustaz Darwish, Parit Sulong.
Melapah & Agihan: Lapangan Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin (https://bit.ly/maptosrirs)
Korban nazar. Boleh saya jamah daging korban nazar saya?

Ada ibu bapa yang bernazar untuk melakukan ibadah korban sebagai tanda syukur kepada Allah di atas pemberian dan ganjaran-Nya. Boleh saya jamah daging korban nazar saya?
Jawapannya: “Para ulamak menetapkan bahawa korban yang dilaksanakan kerana menunaikan nazar tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan korban tersebut termasuk ahli keluarga (dibawah tanggungannya).