أَهْلًا وَسَهْلًا
MEMBINA IMAN • MEMBELA ISLAM
Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin boleh dihubungi dengan meninggalkan pesanan:
WhatsApp ke +6074131496
E-mel ke pejabat@srirs.edu.my
Pengenalan
Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin (singkatan: SRIRS, kadang-kala dikenali sebagai Sekolah Agama Sungai Kajang) merupakan sebuah sekolah swasta yang dikelolakan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) yang dilantik oleh Anjuran Prestasi Sdn. Bhd. (APSB).
SRIRS merupakan institusi pendidikan di Malaysia yang menyediakan pendidikan rendah kepada pelajar-pelajar khususnya warganegara Malaysia bermula dari darjah satu sehingga darjah enam. Pada tahun 2023, bilangan murid ialan seramai 293 orang. Bilangan murid pada tahun 2024 ialah 310 orang. Dengan kapasiti maksimum sebanyak 375 orang murid, SRIRS ini menawarkan program pendidikan kurikulum akademik dan diniyyah yang menggabungkan kurikulum piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jakim UPKK. Pada tahun 2024 bilangan guru yang bertugas ialah seramai 26 orang dan dibantu oleh 3 staf sokongan.
Visi
Melahirkan masyarakat rabbani yang menghidupkan agama dalam segenap aspek kehidupan.
Misi
Membangunkan para pelajar yang berketerampilan, berdaya saing dan berperibadi cemerlang melalui sistem pendidikan yang berkualiti berteraskan AlQur’an dan sunnah.
Sistem Pendidikan SRIRS
Di SRIRS, kami melaksanakan pendidikan berasaskan kurikulum akademik & diniyyah semenjak tahun 1999. Ini berlaku ekoran daripada keperluan semasa dan mendatang negara bangsa. Ini menjadi komplimentari kepada dasar pengkaderan di negara ini.
Kurikulum Akademik
KBSR (1982 – 1992), KSSR (1993 – 2016), KSSR [Semakan] (2017 – semasa)
Kurikulum Diniyyah
Kitab Jabatan Tarbiah DAR, Terengganu (1999 – 2010),
Kitab Talaqi Maahad Derang (2010 – 2020),
Kitab Jabatan Agama Islam Negeri Johor (2013 – semasa),
JAKIM (2020 – semasa).
Ko-kurikulum
Badan beruniform, Persatuan dan Kelab (2010 – semasa)
Bahasa Penyampai
- Bahasa Melayu
- English
- الـلـغـة الـعـربـيـة
Kemudahan
- SRIRS menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk warganya terutamanya untuk anak-anak pelajar, seperti:
- Surau, Musallah Baratas Bajrai
- Dewan makan, Mat’am Asy-Syafi’e
- Kemudahan Lapangan Memanah
- Pusat Media
- Kedai Koperasi
- Kaunseling
“Membimbing murid-murid dalam ilmu al-quran, as-sunnah dan ilmu akademik melalui sistem pendidikan yang terancang.”
Haji Mohamad Fairuz bin Haji Tamjis
Pengerusi, Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin.
Membaca, menulis dan mengira.
No posts were found.
Anak-anak SRIRS telah lahir semenjak 1986
Mari membina iman dan membela Islam di SRIRS