Analisa Pengajian dan Pembelajaran Al-Quran

Pejabat Lembaga Pengelola Sekolah, 05 Oktober 2023. Tn. Hj. Mohamad Fairuz Tamjis telah mengendalikan sesi analisa SWOT yang dihadiri oleh Timbalan Pengerusi LPS merangkap Lajnah Akademik Tn. Hj. Leeham, ahli LPS En. Norisham, Mudirah Pn. Hjh. Zainon, GPK Pn. Azlini, Guru Panitia Al-quran Ustaz Mohd Hafizudin dan Ustazah Nur Hidayah selaku Setiausaha Panitia Al-quran.

SWOT pada kali ini diadakan di pejabat LPS di pagi 5 Oktober 2023 menumpukan kepada perkembangan dan kemajuan pengajian hafazan dan khatam Al-quran untuk pelajar-pelajar SRIRS.

Analisa Strength, Weakness, Opportunity dan Threats ialah konsep analisa secara objektif untuk melihat tahap pengajian dan pengajaran Al-quran di sekolah. Perkara-perkara yang dibincangkan adalah untuk mendapatkan informasi dari sekolah dan LPS ingin menyampaikan halatuju yang lebih jelas kemenjadian pelajar-pelajar SRIRS.

Setiausaha LPS En. Sahaini yang turut hadir, mencatatkan ada 4 kategori pengajian Al-quran yang akan menjadi teras di SRIRS iaitu kelas pemulihan (Iqra’ dan muqadam). kelas mengenal al-quran, kelas bacaan al-quran dan kelas hafazan quran (juz 30).

SRIRS akan komited menghasilkan lebih ramai pelajar yang khatam al-quran malahan yang menghafaz al-quran sebagai persediaan ke peringkat pengajian mereka yang seterusnya. Pengredan sebagai tanda aras Mumtaz (ممتاز), Jayid Jiddan, Jidan (جيد جداً), Maqbul (مقبول) dan Rasib (راسِب), akan diberikan kepada pelaja-pelajar sebagai rujukan pencapaian. Inilah benchmark yang SRIRS ingin capai.

SRIRS juga komited untuk memastikan guru-guru al-quran memelihara tauliah takmir al-quran sebagai kawalan akreditasi supaya kualiti bacaan dan hafazan pelajar di tahap yang tinggi.

Signifikan kepada analisa ini ialah melibatkan fokus kemenjadian pelajar-pelajar yang ada didada mereka Al-quran, insyaAllah.

Leave a Comment