Tahniah Kontijen Memanah SRIRS!

Arena Emas, 30 Oktober 2023

Seramai 17 orang peserta dari Kelab Memanah SRIRS telah menyertai kategori remaja dan cilik yang berlangsung di Skudai, Johor.

Alhamdulillah, ianya merupakan pengalaman yang baik bagi sekolah dan kelab di dalam penyertaan Ko-kurikulum di peringkat Negeri Johor. Kejohanan Memanah Tradisional yang berlangsung dari pagi hingga penutupnya pada awal petang menyaksikan penyertaan keseluruhan yang baik dengan menampilkan akhlak yang terpuji.

Kita juga bertuah dan bersyukur, salah seorang peserta layak menjadi salah seprang peserta ke peringkat Kebangsaan mewakili Negeri Johor. Tahniah Hafiz! Tahniah juga kepada semua!

Leave a Comment